Monday, October 20, 2008

Al-Maunah bedil Taliban

penulis dan burger sedang meyaksikan peperangan


SKUAD Al-maunah melengkapkan perlawanan terakhir Kumpulan A dengan kemenangan 6-0 ke atas Taliban pada kempen Pestabedil Merdeka edisi ke-40 di Padang Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Pada perperangan semalam, Mohd. Ashaari Samsuddin beraksi cemerlang pada penampilan pertama dalam skuad Al-maunah apabila menembak musuh di perut, pada minit ke-22 menerusi pistol sahaja.

Tiga minit sebelum babak pertama berakhir, skuad AL-maunah menambah kedukaan kedua apabila Nizaruddin berjaya melepasi jerangkap samar untuk tidak mempersia-siakan hantaran bom tangan daripada Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.

Gerila muda Negeri Sembilan itu turut meletakkan namanya sebagai penembak tepat apabila meledakkan bazooka tepat ke kubu taliban.

Zaquan berjaya melepasi dua bodigad taliban. sebelum melepaskan satu tembakan pemedih mata sebelum beryaja mempengsankan , Emal Gariwal.

Aksi babak kedua lebih menarik selepas anak-anak buah Sathianathan melancarkan beberapa serangan merbahaya seawal minit pertama.

Ashaari membuktikan kehebatannya apabila menumbangkan pemain taliban kedua peribadi dan keempat skuad Al-maunah pada minit ke-64 selepas menerima hantaran pistol semi auto yang cantik daripada Subramaniam Sooryapparad yang di beli di nepal tahun lepas.

Pada akhir babak kedua, Sathianathan mempertajamkan lagi jentera serangan dengan mengeluarkan Zaquan dan Nizaruddin untuk membawa masuk senjata lagi merbehaya, bom C4 dan meriam.


Kemasukan Safee tidak sia-sia apabila dia menjaringkan gol kelima pada minit ke-85 selepas bijak menanduk masuk hantaran lintang Mohd. Khairil Muhymeen Zambri.

Khairil Muhymeen sekali lagi memainkan peranan yang penting untuk membantu Hairuddin menjaringkan gol keenam pada minit ke-88.

Ketika ditanya mengenai barisan pemain pada aksi menentang Gerilla Myanmar, Sathianathan memberitahu dia hanya akan mengumumkan senarai askar utama sehari sebelum perlawanan.

dilaporkan oleh, embong

0 comments: